comscore
Tumpuan :
Dunia

Kumpulan pertama kanak-kanak Gaza tiba di Itali untuk rawatan

FOTO: Reuters

ROM: Kumpulan pertama seramai 11 kanak-kanak Palestin yang cedera tiba di sini dari Gaza diiringi anggota keluarga untuk menerima rawatan perubatan lanjut di hospital-hospital Itali, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Duta Palestin ke Itali, Abeer Odeh menekankan bahawa inisiatif kemanusiaan Itali dengan menyediakan rawatan kepada lebih seratus kanak-kanak Palestin, perlu saling dilengkapi dengan langkah-langkah berkesan dan pendirian politik yang jelas.

Ini termasuk mendesak Israel untuk menghentikan tindakannya terhadap rakyat Palestin dengan segera dan mengiktiraf negara Palestin.

Menurut duta itu, bilangan penduduk Gaza yang cedera sejak 7 Okt lepas telah melebihi 67,000 orang yang membuktikan kekejaman Israel.

Serangan berterusan Israel ke atas Gaza mengakibatkan hanya 14 daripada 36 hospital berfungsi sebahagiannya, masing-masing sembilan di selatan manakala enam lagi di utara wilayah terkepung itu – BERNAMA-WAFA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini