Tumpuan :
Dunia

Kumpulan pertama bantuan kemanusiaan kecemasan dari China ke Gaza

FOTO: Reuters

GAZA: Kumpulan pertama bantuan kemanusiaan kecemasan dari China ke Semenanjung Gaza, yang terdiri daripada 12,000 pek makanan untuk penduduk tempatan berlepas dari Jordan pada Selasa.

Bantuan kemanusiaan ini akan dihantar dalam enam kumpulan melalui Jordan ke Semenanjung Gaza dengan jumlah keseluruhan 60,000 pek makanan melalui dua penghantaran dijadualkan setiap minggu.

Bekalan bantuan ini akan diagihkan kepada penduduk tempatan di Semenanjung Gaza oleh organisasi rakan kongsi Pertubuhan Kebajikan Hashemite yang berpangkalan di Jordan setelah tiba di destinasi. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini