Tumpuan :
Dunia

Kumpulan pembebasan dalam usaha bentuk kerajaan baharu Syria

FOTO: Reuters

DAMSYIK: Selepas kejatuhan Presiden Bashar al-Assad, kumpulan pejuang pembebasan Syria kini dalam usaha membentuk kerajaan baharu bagi mengembalikan kestabilan negara itu.

Kejayaan menumbangkan rejim Assad dalam masa 12 hari selepas perang saudara selama 13 tahun mengejutkan dunia, termasuk Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) yang kini memantau situasi dengan teliti dalam mesyuarat tertutup.

Di Damsyik, suasana masih meriah menyambut perubahan ini, namun cabaran besar tetap menanti.

FOTO: Reuters

Kumpulan pembebasan terdiri daripada pelbagai pihak, menghadapi tugas berat untuk membentuk kerajaan peralihan, menjamin keamanan, dan membina keyakinan masyarakat antarabangsa dengan komitmen terhadap proses politik yang adil.

Sementara itu, serangan udara Israel di Syria menambah ketegangan di rantau itu.

Manakala Amerika Syarikat (AS) sedang menilai cara untuk berhubung dengan pemimpin kumpulan pembebasan, menunjukkan kepentingan strategik negara tersebut dalam politik antarabangsa.

Dalam pada itu, usaha kumpulan pembebasan menghidupkan semula ekonomi negara dengan membuka bank dan sektor minyak mula dirancang.

Meskipun terdapat harapan untuk masa depan lebih cerah, Syria perlu menangani cabaran besar dalam mencapai perdamaian dan pembangunan semula yang berkekalan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini