BEIJING: Kumpulan kerja ekonomi China-Amerika Syarikat (AS) telah mengadakan mesyuarat ketujuhnya di Johannesburg, Afrika Selatan, menurut Kementerian Kewangan China dalam satu kenyataan pada Isnin, lapor Xinhua.
Mesyuarat itu dipengerusikan bersama oleh Naib Menteri Kewangan China Liao Min dan Setiausaha Rendah Jabatan Perbendaharaan AS Jay Shambaugh.
Kenyataan MOF menyatakan bahawa kedua-dua pihak telah mengadakan perbincangan secara terbuka, mendalam dan membina mengenai pelbagai topik termasuk dasar makroekonomi, sokongan kerjasama untuk negara berpendapatan rendah yang menghadapi cabaran kecairan, serta tadbir urus dan pembaharuan bank pembangunan pelbagai hala.
Pihak China turut menjelaskan pendiriannya mengenai isu ekonomi dan perdagangan yang relevan serta menyuarakan kebimbangan terhadap sekatan perdagangan dan ekonomi AS baru-baru ini terhadap China, menurut kenyataan itu. – BERNAMA-XINHUA
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.