LUBNAN: Lebih 300 roket dibedil Kumpulan Hizbullah ke utara Israel dalam tempoh 24 jam.
Ketegangan di sempadan kedua dua pihak menyaksikan sekurang-kurangnya tujuh pengganas rejim cedera dalam pertempuran dengan Pejuang Hizbullah.
Israel pada masa meneruskan serangan bertali arus ke atas Lubnan dengan 15 kematian dicatatkan di utara dan selatan Lubnan.
Lapor Al Jazeera, 9 maut dan 15 lagi cedera dalam bedilan yang dilancarkan ke utara Lubnan.
Selatan Beirut pula mencatatkan empat kematian dengan 18 penduduk cedera.
Pengganas rejim turut melancarkan serangan udara ke Kfar Tebnit, memusnahkan sebuah masjid lama.
Lagi serangan dilancarkan ke Nabatieh memusnahkan sekurang-kurangnya sebuah bangunan.
Dua kematian dicatatkan dalam serangan ke sebuah pasar di wilayah sama.
Selatan dan utara lembah Bekaa turut jadi sasaran dengan peningkatan bedilan oleh pengganas rejim – AL JAZEERA
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.