Tumpuan :
Dunia

Krisis Sudan: 32 orang awam terbunuh, ratusan cedera di Omdurman

FOTO: Reuters

SUDAN: 32 orang awam terbunuh manakala ratusan lagi cedera dalam pertempuran di antara Angkatan Tentera Sudan, SAF dan Pasukan Separa Tentera RSF di Omdurman.

Ia adalah rekod tertinggi korban orang awam dalam tempoh 24 jam di negara itu sejak peperangan tercetus April lalu.

Menurut media Al Jazeera, pihak SAF dan RSF melancarkan bedilan ke kawasan padat dengan penduduk di Khartoum dan bandar-bandar lain

Pemimpin tentera Jeneral Abdel Fattah al-Burhan dalam pada itu mengeluarkan dekri pembubaran RSF namun tiada maklum balas dari RSF diperoleh setakat ini

Minggu lalu, tentera Sudan mengerahkan sejumlah besar tenteranya ke Omdurman dan bersedia bagi melancarkan operasi besar-besaran bertujuan utnuk menyekat laluan utama bekalan bantuan kepada RSF

Ahad lalu sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh dalam ketegangan di Omdurman yang menyaksikan ramai penduduk terpaksa melarikan diri. – AL JAZEERA

Loading...
Terkini