comscore
Tumpuan :
Dunia

Kos pemakaman Ratu Elizabeth II cecah RM911 juta

Foto: Reuters

LONDON: Kementerian Kewangan United Kingdom mendedahkan hampir 162 juta pound Sterling (RM911 juta) dibelanjakan bagi urusan pemakaman Ratu Elizabeth II selain acara-acara lain sepanjang tempoh berkabung selama 10 hari.

Pemakaman negara pada 19 September 2022 itu berlangsung 11 hari selepas kemangkatan baginda.

Semasa tempoh berkabung nasional, ratusan ribu orang melawat Westminster Abbey, lokasi jasad baginda ditempatkan.

Menurut laporan portal BBC News, daripada jumlah itu, dua kementerian iaitu Kementerian Dalam Negeri serta Kementerian Kebudayaan, Media dan Sukan menanggung kos paling tinggi. dengan masing-masing sebanyak 74 juta 162 juta paun Sterling (RM416 juta) dan 57 juta 162 juta paun Sterling (RM320.8 juta).

Kesemua kos yang ditanggung oleh jabatan-jabatan kerajaan berkaitan dengan pemakaman mendiang Ratu Elizabeth II serta acara-acara lain sebelumnya termasuk sepanjang jasad baginda ditempatkan di St Giles Cathedral Edinburg bagi membolehkan orang ramai memberi penghormatan terakhir.

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, John Glen, keutamaan kerajaan pada masa itu adalah untuk memastikan acara berkaitan berjalan lancar dan penuh penghormatan, selain memastikan tahap keselamatan orang awam terpelihara sepanjang masa.

Selepas kemangkatan Ratu Elizabeth II pada 8 September 2022, kerajaan UK mengumumkan tempoh berkabung nasional adalah selama 10 hari.

Baginda mangkat pada usia 96 tahun di Istana Balmoral, Scotland.

Jasa mendiang Ratu Elizabeth II disemayamkan di St Giles Cathedral Edinburg selama 24 jam, sebelum dibawa ke Westminster Abbey di London di mana beribu-ribu orang beratur berjam-jam untuk memberi penghormatan.

Acara pemakaman diraja itu turut disaksikan oleh jutaan masyarakat seluruh dunia, dengan ia adalah pemakaman negara pertama sejak pemakaman Sir Winston Churchill pada tahun 1965 dan merupakan acara penghormatan terbesar sejak Perang Dunia Kedua.

Loading...
Terkini