comscore
Tumpuan :
Dunia

Korea Utara uji peluru berpandu balistik taktikal dilengkapi sistem navigasi autonomi

PYONGYANG: Korea Utara melancarkan peluru berpandu balistik taktikal yang dilengkapi dengan sistem navigasi autonomi baharu dalam usaha meningkatkan keupayaan senjatanya.

Agensi Berita Pusat Korea (KCNA) melaporkan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un turut menyelia ujian senjata itu.

Dalam pada itu, tentera Korea Selatan berkata pihaknya mengesan beberapa peluru berpandu balistik jarak dekat ditembak Korea Utara ke arah Laut Timur.

Menurut Ketua Turus Bersama, peluru berpandu berkenaan terbang sejauh kira-kira 300 kilometer.

Seorang penyelidik kanan di Forum Pertahanan dan Keselamatan menyifatkan pelancaran terbaharu itu menandakan peningkatan jarak untuk senjata berpandu taktikal Korea Utara yang sebelum ini diketahui mempunyai jarak 100 hingga 110 kilometer. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini