Tumpuan :
Dunia

Korea Utara lancar peluru berpandu balistik jenis baharu

FOTO: Reuters Connect

SEOUL: Korea Utara melancarkan ‘peluru berpandu balistik yang tidak dikenal pasti’ hari ini.

Menurut Tentera Korea Selatan, pelancaran peluru berpandu itu berlaku beberapa hari selepas Pyongyang mengumumkan kejayaan menguji motor bahan api pepejal untuk sistem persenjataan baharunya.

Ketua Turus Bersama Korea Selatan turut menyatakan, sebelum ini, Korea Utara dilaporkan menguji ‘motor bahan api pepejal tujahan tinggi’, dengan media negara itu menyifatkan ia sebagai ujian penting untuk pembangunan satu lagi sistem persenjataan strategik jenis baharu.

Meskipun berdepan sekatan hebat pihak antarabangsa kerana program senjatanya, Pyongyang tetap meneruskan pembinaan senjata peluru berpandu balistik antara benua (ICBM).

Sebelum ini, Kim Jong Un menegaskan mahu Korea Utara memiliki senjata nuklear paling berkuasa di dunia tahun ini, dan mengisytiharkan negara itu sebagai negara nuklear tetap.

Antara senjata yang dimahukan termasuk ICBM bahan api pepejal yang boleh dilancarkan daripada darat atau kapal selam.

Loading...
Terkini