comscore
Tumpuan :
Dunia

Korea Utara dakwa 1.4 juta belianya sertai tentera

FOTO: Reuters

PYONGYANG: Media Korea Utara melaporkan, sekitar 1.4 juta belia termasuk pelajar dan pegawai liga belia menyertai atau kembali ke angkatan tentera minggu ini.

Menurut laporan KCNA, golongan belia berkenaan berazam untuk berjuang dalam perang untuk menghapuskan musuh dengan senjata revolusinya.

Dakwaan Korea Utara itu menyusul dua hari selepas ketegangan di Semenanjung Korea semakin memuncak.

Tahun lalu, media Korea Utara membuat dakwaan sama berkaitan rakyatnya secara sukarela menyertai tentera untuk menentang Amerika Syarikat.

Tindakan Korea Utara meletupkan bahagian jalan dan landasan kereta api antara Korea di sebelah sempadannya yang berkubu kuat antara kedua-dua Korea pada Selasa, mendorong tentera Korea Selatan melepaskan tembakan amaran.

Pyongyang juga menuduh Seoul menghantar dron ke atas ibu kotanya, selain pertelagahan kedua-dua pihak mengenai belon sampah yang terapung sejak Mei dari Korea Utara.

Menurut Pyongyang, pelancaran itu adalah tindak balas kepada belon yang dihantar oleh aktivis anti-rejim di selatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini