SEOUL: Korea Selatan telah melancarkan satelit pengintip ketenteraan ketiga buatan tempatan dari pusat angkasa Amerika Syarikat (AS) di California menggunakan roket SpaceX Falcon 9, lapor agensi berita Yonhap.
Menurut kementerian pertahanan, roket Falcon 9 dilaporkan berlepas seperti yang dijadualkan pada 8.34 malam Sabtu dari Pangkalan Angkasa Vandenberg.
Ini merupakan satelit ketenteraan ketiga yang dilancarkan di bawah rancangan Korea Selatan untuk memperoleh lima satelit pengintip menjelang 2025 bagi meningkatkan pemantauan terhadap Korea Utara.
Korea Selatan melancarkan satelit pengintip pertamanya pada Disember tahun lepas, diikuti dengan pelancaran kedua pada April. – BERNAMA-YONHAP
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.