Tumpuan :
Dunia

Korea Selatan ganti penghadang konkrit di lapangan terbang

Bangkai pesawat Jeju Air yang terbakar di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan. -FOTO: Reuters

SEOUL: Pihak berkuasa Korea Selatan semalam memaklumkan akan menggantikan penghadang konkrit yang digunakan untuk navigasi di lapangan terbang seluruh negara.

Ia susulan tragedi penerbangan Jeju Air di lapangan terbang antarabangsa Muan pada 29 Disember lalu yang mengorbankan 179 orang.

Pesawat Boeing 737-800 dari Bangkok itu yang membawa 181 orang termasuk mengalami kesulitan mendarat dan terbakar selepas melanggar penghadang konkrit.

Ia juga adalah bencana penerbangan terburuk Korea Selatan.

Kementerian Pengangkutan yang telah memeriksa keadaan keselamatan syarikat penerbangan dan lapangan terbang sejak tragedi itu mengumumkan langkah untuk menukar struktur dikenali sebagai ‘localiser’ pada Isnin.

Tujuh lapangan terbang domestik termasuk Muan, didapati mempunyai tebing diperbuat daripada konkrit atau keluli yang perlu ditukar, kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

Katanya, mereka akan menyediakan langkah lanjut memperbaiki struktur, bulan ini dan menyasarkan untuk melengkapkan penambahbaikan menjelang akhir 2025.

Kerajaan juga telah menyelesaikan pemeriksaan terhadap enam syarikat penerbangan domestik yang mengendalikan pesawat Boeing 737-800 dan mendapati pelanggaran di beberapa operator.

Ia termasuk melebihi tempoh pemeriksaan pra dan pasca penerbangan serta ketidakpatuhan terhadap prosedur untuk menyelesaikan kecacatan pesawat atau menaikkan penumpang.

Kementerian Pengangkutan bagaimanapun enggan mengulas sama ada Jeju Air termasuk dalam kalangan syarikat yang melakukan pelanggaran.Seorang jurucakap Jeju Air tidak dapat dihubungi bagi memberikan sebarang komen.

Kementerian itu berkata, pemeriksaan keselamatan khas ke atas kemudahan lapangan terbang utama negara akan dilakukan antara 13 hingga 21 Januari, manakala penutupan lapangan terbang Muan dilanjutkan hingga 19 Januari. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini