comscore
Tumpuan :
Dunia

Korea Selatan, Britain setuju tingkatkan kerjasama dalam tenaga nuklear, tenaga bersih

FOTO: Agensi

SEOUL: Seoul dan Britain sepakat untuk meningkatkan pertukaran dua hala dan kerjasama dalam penjanaan tenaga nuklear dan tenaga bersih, menurut Kementerian Perdagangan, Perindustrian dan Tenaga Korea Selatan.

Menterinya Lee Chang-yang dan Menteri di Jabatan Keselamatan Tenaga dan Sifar Bersih, Grant Shapps, bertemu di Seoul dan mengeluarkan deklarasi bersama menggesa kerjasama lebih rapat dalam tindak balas terhadap perubahan iklim dan memastikan jaminan tenaga, lapor Yonhap memetik kementerian itu.

Kedua-dua pihak bersetuju untuk mendapatkan penyertaan Korea Selatan dalam pembinaan reaktor nuklear baharu di Britain memandangkan London membuka agensi baharu untuk penjanaan tenaga nuklear dikenali Great British Nuclear pada Mac lalu.

“Korea Selatan mempunyai daya saing dalam mereka bentuk dan membina loji kuasa nuklear dan pembuatan komponen serta dari segi bahan api nuklear dan reaktor modular kecil. Kedua-dua negara boleh mempunyai hubungan yang saling melengkapi dalam bidang ini,” kata Lee.

Turut dibincangkan mengenai kaedah untuk meningkatkan kerjasama mengenai hidrogen, tenaga angin dan sektor tenaga bersih lain selain bersetuju meneruskan momentum kerjasama dua hala.

Menurut kementerian, Shapps turut merancang untuk melawat loji nuklear Shin-Kori dan Agensi Sisa Radioaktif Korea. – BERNAMA

Loading...
Terkini