Tumpuan :
Dunia

Korban letupan depoh minyak Nagorno-Karabakh melonjak kepada 68 orang

FOTO: Reuters

NAGORNO-KARABAKH: Angka korban letupan depoh minyak di Nagorno-Karabakh melonjak kepada hampir 70 orang berbanding 20 yang dicatatkan pada petang semalam.

Jurucakap kerajaan turut memaklumkan 290 individu lagi cedera manakala 105 yang lain masih hilang.

Menurut laporan Al Jazeera, ketika kejadian ratusan penduduk berada di lokasi terbabit.

Depoh terbabit menjadi pusat penagihan minyak kepada penduduk yang ingin meninggalkan wilayah bergolak itu.

FOTO: Reuters

Jurucakap Amerika Syarikat bagi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB dalam pada itu berkata bantuan kemanusian berjumlah AS$11.5 juta akan dihantar bagi membantu penduduk terjejas.

Ketegangan memuncak pada 19 September lalu apabila tentera Azerbaijan menyerang Nagorno-Karabakh yang mempunyai kira-kira 120,000 penduduk etnik Armenia dan mengumumkan kejayaan mereka menawan wilayah itu.

Ia memaksa etnik Armenia mengalah dan memulakan rundingan di bawah perjanjian gencatan senjata yang broker Rusia.

Ketegangan sejak 19 September lalu juga telah memaksa lebih 28,000 etnik Armenia meninggalkan kawasan itu dan memasuki Armenia
ENDS – AL JAZEERA

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini