PORT VILA: Korban gempa bumi kuat 7.4 magnitud yang melanda Vanuatu melonjak kepada 14 orang dengan lebih 200 lagi cedera.
Mangsa yang maut pula termasuk dua warga China.
Gegaran yang dikesan semalam pada kedalaman 57 kilometer telah mengakibatkan banyak runtuhan bangunan.
Ramai mangsa dilaporkan terperangkap dan usaha mencari mangsa sedang giat dijalankan pasukan penyelamat.
Ketua Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu UNICEF berkata, wujud kebimbangan berkenaan isu pencemaran air.
Hari ini menyaksikan peningkatan kes cirit-birit dalam kalangan kanak-kanak.
Mangsa dipercayai minum air tercemar selepas bekalan air terputus di kawasan terjejas.
Susulan bencana ini, Pemangku Perdana Menteri Vanuatu Charlot Salwai telah mengisytihar darurat bagi tempoh tujuh hari. – REUTERS
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.