KHARTOUM : Jumlah korban di Sudan akibat pertempuran berterusan antara Angkatan Tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) meningkat kepada 528 orang
Sementara itu, seramai 4,599 orang lagi cedera dalam keganasan yang berlaku dari 15 April hingga 27 April, lapor Agensi Anadolu.
Menurut Kementerian Kesihatan, 12 daripada 18 negeri di Sudan terbabit dalam pertempuran antara dua musuh yang bertelagah itu.
Pertempuran terbaharu meletus semalam walaupun gencatan senjata selama tiga hari.
RSF dalam satu kenyataan mendakwa menembak jatuh sebuah pesawat tentera di Omdurman.
Angkatan Tentera Sudan belum memberikan sebarang komen mengenai dakwaan itu.
Beribu-ribu orang termasuk warga asing telah meninggalkan Sudan sejak tercetusnya keganasan. – BERNAMA-ANADOLU