comscore
Tumpuan :
Dunia

Korban di Gaza terus meningkat, penggunaan katil hospital cecah 262 peratus

FOTO: Reuters

GAZA: Jumlah rakyat Palestin yang terbunuh akibat serangan tentera pengganas Israel di Gaza meningkat kepada 17,487, dengan lebih 46,480 orang cedera, setakat semalam.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza, Ashraf al-Qudra, berkata 350 orang terbunuh dengan 558 lagi cedera dalam beberapa jam yang lalu, manakala ramai lagi mangsa masih berada di bawah runtuhan.

Al-Qudra berkata 70 peratus mangsa serangan darat dan udara Israel membabitkan wanita dan kanak-kanak.

FOTO: Reuters

Manakala tentera Israel masih menahan 36 kakitangan perubatan termasuk Mohammad Abu Salmiya, ketua pengarah Al-Shifa, hospital terbesar di Gaza, yang ditahan sejak 23 November lalu.

Memetik laporan Agensi Anadolu, al-Qudra menyifatkan keadaan kesihatan di selatan Gaza sebagai malapetaka kerana semua hospital di kawasan itu kehabisan ruang untuk merawat pesakit, dengan penggunaan katil di hospital pada tahap 262 peratus.

FOTO: Reuters

Pasukan perubatan menghadapi keadaan sukar di Al-Shifa, yang dikuasai tentera Israel bulan lalu, dan menggesa sokongan organisasi antarabangsa untuk membantu memulihkan sektor kesihatan Gaza.

Israel meneruskan serangan ketenteraannya di Gaza pada 1 Disember lalu selepas berakhirnya jeda kemanusiaan selama seminggu dengan Hamas. – ​​​​​​​AGENSI

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini