DUBAI: Banjir di Emiriah Arab Bersatu semakin reda namun sebahagian kawasan masih digenangi air.
Angka kematian meningkat kepada empat orang dengan dua daripadanya disahkan wanita warga Filipina.
Trak dengan mesin penyedut air dikerah ke lokasi terjejas dalam usaha mengurangkan paras air.
Syarikat Penerbangan FlyDubai dalam pada itu memaklumkan, operasinya kembali berjalan seperti biasa di lapangan Terbang Antarbangsa Dubai.
Penerbangan masuk ke Dubai bagaimanapun masih dihadkan sehingga esok.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.