Tumpuan :
Dunia

Konvoi bantuan Gaza ditembak tentera Israel

Foto: Reuters

GAZA: Konvoi bantuan yang diketuai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ditembak tentera Israel ketika dalam perjalanan pulang dari misi bantuan di utara Gaza.

Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata konvoi terbabit mendapat pelepasan dan melintasi pusat pemeriksaan tentera Israel.

Bagaimanapun rejim zionis bertindak kejam melepaskan tembakan dari kereta kebal, namun tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.

Dr Tedros menegaskan bahawa insiden sedemikian tidak boleh diterima sama sekali, iaitu seminggu selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendakwa konvoi yang membawa petugas program vaksinasi polio di Gaza diancam dengan senjata api dan ditahan di pusat pemeriksaan tentera Israel. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini