comscore
Tumpuan :
Dunia

Tiga rakyat Malaysia terkandas di Sudan diselamatkan, dijangka tiba di Malaysia Ahad ini

Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir

Oleh Zulfakhri Shamsul Ariffin

PETALING JAYA: Tiga rakyat Malaysia yang terperangkap di wilayah Al Gaza  baru-baru ini akhirnya berjaya diselamatkan.

Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir memaklumkan, ketiga-tiga mereka  tiba di King Faisal Naval Base, Jeddah Arab Saudi dengan kapal tentera laut Kerajaan Arab Saudi.

“Hasil usaha pihak Wisma Putra, Pasukan Khas Operasi Sudan, Kedutaan Besar Malaysia di Sudan, Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh, Kerajaan Arab Saudi serta beberapa pihak lain, akhirnya tiga orang rakyat Malaysia yang terkandas di Sudan sebelum ini telah selamat tiba dengan kapal tentera laut Kerajaan Arab Saudi, “Amanah” di King Faisal Naval Base, Jeddah, Arab Saudi pada 12.50 tengah malam (waktu Malaysia), 05 Mei 2023,” katanya.

Beliau berkata,  ketibaan mereka disambut Pegawai Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah dan kemudian dibawa ke tempat penginapan yang disediakan Kerajaan Arab Saudi.

Jelasnya mereka dijangka tiba di tanah air Ahad ini jam 5 pagi (waktu Malaysia).

“Ketiga-tiga mereka dijangka akan tiba di tanah air pada jam 05.00 pagi (waktu Malaysia), 07 Mei 2023 melalui pesawat Saudia SV842. Ia telah diuruskan sepenuhnya oleh Wisma Putra dan Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah,”

“Bagi pihak Kerajaan Malaysia, saya ingin mengucapkan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada Kerajaan Arab Saudi kerana sekali lagi membantu rakyat Malaysia keluar dari Sudan dan menyediakan fasiliti sepanjang berada di Jeddah. Terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat dalam operasi ini.

Sekali lagi saya ingin sampaikan kepada semua rakyat Malaysia jika ada saudara atau kenalan rakyat Malaysia didapati berada di Sudan, diminta berhubung dengan Wisma Putra untuk kita bantu cari mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Loading...
Terkini