![](https://media.buletintv3.my/2024/01/W9WmizH1-BULETIN-TV3-23.jpg)
YEMEN: Ketegangan yang semakin memuncak di Laut Merah turut menjejaskan kelangsungan hidup golongan nelayan di bandar pelabuhan Aden.
Ekoran bimbang dengan kemungkinan serangan oleh tentera laut Amerika dan Britain, ia sekaligus menghalang mereka daripada keluar menangkap ikan.
Meskipun pertumbuhan ekonomi utama Yemen bergantung kepada aktiviti eksport minyak, sektor perikanan dalam pada itu berfungsi sebagai industri penting dalam menyokong kehidupan penduduk tempatan.
Krisis ketika ini menyaksikan bot nelayan hanya berlabuh di jeti ekoran nelayan khuatir akan keselamatan mereka.
Kehadiran tentera laut Amerika dan Britain telah menjadi hambatan untuk mereka mencari rezeki.
Situasi ini telah menjejaskan pendapatan mereka yang turut memberi impak kepada industri perikanan secara keseluruhan.
Bukan itu sahaja, harga ikan tuna turut melonjak sekitar 56% hingga penduduk tempatan sudah lagi tidak mampu untuk membelinya.