comscore
Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] Komander tertinggi pejuang Hizbullah dan tokoh kanan lain terbunuh dalam serangan udara Israel di Beirut

FOTO: Reuters

BEIRUT: Israel membunuh seorang komander tertinggi pejuang Hizbullah dan tokoh kanan lain dalam serangan udara di Beirut pada hari Jumaat (20 September), selain rejim itu berikrar untuk meneruskan kempen ketenteraan baharu sehingga ia mampu mengamankan kawasan sekitar sempadan Lubnan.

Video yang dirakamkan oleh saksi kejadian selepas serangan itu menunjukkan bangunan yang rosak, jalan yang ditutupi serpihan dan talian elektrik yang tumbang.

Tentera Israel dan sumber keselamatan di Lubnan berkata Ibrahim Aqil telah terbunuh bersama-sama anggota kanan unit elit Hizbullah yang lain dalam serangan udara itu.

Serangan tersebut yang secara mendadak telah meningkatkan konflik selama setahun antara Israel dan kumpulan pejuang yang disokong Iran itu.

Ketika ini, puluhan ribu orang telah dipindahkan dari kediaman masing-masing di kedua-dua belah sempadan Israel-Lubnan, sejak Hizbullah mula meroketkan ke wilayah haram Israel sebagai menyokong perjuangan rakyat Palestin dalam perang di Gaza. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini