
TEL AVIV: Kekecohan berlaku di Knesset Israel apabila pengawal keselamatan bertempur dengan ahli keluarga tawanan Hamas.
Perbahasan di parlimen Israel mengenai pembentukan jawatankuasa siasatan terhadap serangan yang diketuai Hamas pada 7 Oktober ditangguhkan selepas pergaduhan tercetus antara pasukan keselamatan dan keluarga yang kehilangan orang tersayang serta saudara-mara tawanan di Gaza.
Pergelutan berlaku apabila puluhan keluarga dihalang oleh pengawal keselamatan Knesset ketika mereka cuba memasuki galeri untuk menyaksikan perbahasan tersebut.
Keluarga mangsa menuntut penubuhan sebuah suruhanjaya negara bagi menyiasat kejadian 7 Oktober. – REUTERS
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.