comscore
Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] Kiswah baharu Kaabah dipasang

 

RIYADH: Pekerja di Masjidil Haram memulakan proses menggantikan kain Kaabah (Kiswah) sempena kedatangan Tahun Baharu Islam 1445 Hijrah.

Proses menurunkan Kiswah lama dan memasang yang baharu dilakukan pasukan khas dari Pentadbiran Am Kompleks Raja Abdulaziz .

Kiswah diperbuat daripada 670 kilogram (kg) sutera berkualiti tinggi, 120 kg benang emas, dan 100 kg benang perak.

Kerja pemasangan kain Kiswah Kaabah di Masjidil Haram, Makkah dilakukan petugas khas dari Pentadbiran Am Kompleks Raja Abdulaziz. – Foto AGENSI

Ia yang berwarna hitam dan ditenun dengan benang emas menutupi bahagian luar Kaabah.

Lebih 100 pekerja mahir terbabit dalam pembuatan Kiswah untuk menghasilkan 56 keping Kiswah sulaman tangan, dan setiap keping mengambil tempoh antara 60 hingga 120 hari untuk menyulam.

Sebanyak 120 kg benang emas dan 100 kg perak digunakan dalam proses itu. – AGENSI

Loading...
Terkini