comscore
Tumpuan :
Dunia

Kezaliman terbaharu, Israel sekat kemasukan ternakan korban ke Gaza

FOTO: Reuters

GAZA: Ratusan ribu keluarga di Gaza tidak berpeluang melakukan ibadah korban bagi Aidiladha tahun ini ekoran sekatan dilakukan rejim Israel.

Menurut kenyataan pejabat media Gaza, pasukan pendudukan (Israel) melakukan jenayah baharu dengan menghalang kemasukan haiwan korban menerusi penutupan semua lintasan Gaza, termasuk lintasan sempadan Rafah dan lintasan Kerem Shalom.

Larangan ini jelas satu pelanggaran hak asasi manusia dan mengabaikan nilai-nilai kemanusiaan dan Islam.

Kenyataan itu juga menegaskan, tanggungjawab moral dan undang-undang memerlukan masyarakat antarabangsa untuk melakukan campur tangan secara serius bagi menamatkan pembunuhan beramai-ramai dan menghentikan pencabulan hak dan hak asasi umat Islam secara terang-terangan.

FOTO: Reuters

Sehingga kini, hampir 37,300 rakyat Palestin terkorban di Gaza sejak Oktober tahun lalu, termasuk wanita dan kanak-kanak.

Hampir 85,200 lagi cedera menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini