Tumpuan :
Dunia

Kevin Spacey digambarkan sebagai ‘Pembuli Seksual’ oleh pendakwa raya 

Foto: Reuters

LONDON: Pelakon Hollywood dan pemenang Oscar, Kevin Spacey digambarkan sebagai ‘pembuli seksual’ oleh pendakwa raya dalam hujah pembukaan hari ini.

Bercakap kepada juri di Southwark Crown Court, peguam Christine Agnew, berkata kebanyakan mengetahui Spacey, 63, atau pemilik nama penuh Kevin Spacey Fowler ialah pelakon.

Beliau berkata, dia sangat terkenal dan pernah memenangi pelbagai anugerah, selain individu yang dikatakan membuat serangan seksual ke atas golongan lelaki seperti didakwa pendakwa raya.

Malah, katanya, Spacey pernah merangkul anugerah Oscar sebanyak dua kali menerusi filem ‘American Beauty’ dan ‘The Usual Suspects’, tidak menghormati batas atau ruang peribadi.

“Dia lelaki yang dilihat gembira apabila membuat orang lain berasa tidak berdaya atau selesa, seorang pembuli seksual.

“Kaedah serangan pilihannya dipercayai dengan meramas kelangkang lelaki secara agresif. Dia juga dikatakan melampau batas terbabit pada satu keadaan,” katanya.

Spacey bagaimanapun menafikan 11 pertuduhan yang dibacakan ke atasnya, masing-masing tiga kes berkaitan serangan tidak senonoh, manakala tujuh lagi bagi serangan seksual dan satu tuduhan menyebabkan seseorang melakukan aktiviti seksual secara paksa.

Semua kesalahan itu didakwa dilakukan ke atas empat lelaki yang identiti mereka dilindungi di bawah undang-undang Inggeris, antara 2001 hingga 2013.

Loading...
Terkini