Tumpuan :
Dunia

Ketua Yakuza didakwa seludup bahan nuklear

Ebisawa bergambar dengan pelancar roket di sebuah gudang di Copenhagen, Denmark pada Februari 2021. FOTO: Reuters

WASHINGTON: Ketua sindiket jenayah Jepun yang dikenali sebagai Takeshi Ebisawa mengaku bersalah pada Rabu atas tuduhan menyeludup bahan nuklear dari Myanmar, kata Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (AS).

Ebisawa mengaku bersalah di Manhattan, New York, kerana berkonspirasi dengan rangkaian rakan sejenayah untuk menyeludup bahan nuklear, termasuk uranium dan plutonium gred senjata, dari Myanmar ke negara lain.

Lelaki berusia 60 tahun itu turut mengaku bersalah atas tuduhan penyeludupan dadah antarabangsa dan senjata.

Pada Februari 2024, pihak berkuasa AS mendakwa Ebisawa terlibat dalam menyeludup bahan nuklear dari Myanmar untuk digunakan dalam senjata nuklear oleh Iran.

Ebisawa juga pernah didakwa pada 2022 atas penyeludupan dadah dan kesalahan senjata.

Pihak berkuasa AS berkata, Ebisawa menyeludup bahan nuklear dan pada masa yang sama menghantar heroin serta methamphetamine ke AS sebagai pertukaran untuk senjata berat seperti peluru berpandu permukaan-ke-udara untuk digunakan di Myanmar.

Plot Ebisawa berjaya dihentikan melalui kerjasama antara pihak berkuasa AS, Indonesia, Jepun, dan Thailand.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini