comscore
Tumpuan :
Dunia

Ketua PBB, Presiden Ukraine gesa inisiatif bijirin laut hitam dilanjutkan

FOTO: AFP

KYIV : Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky dan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) António Guterres menggesa Inisiatif Bijirin Laut Hitam yang bakal tamat pada 18 Mac dilanjutkan.

Bercakap selepas mengadakan pertemuan dengan Guterres di Kyiv, Zelensky menekankan kepentingan inisiatif untuk keselamatan makanan global.

“Kesinambungan Inisiatif Bijirin Laut Hitam selepas 18 Mac amat diperlukan buat seluruh dunia,” kata Zelensky.

Sementara itu, Guterres berkata bahawa kira-kira 23 juta tan bijirin telah dieksport di bawah inisiatif itu dan membantu menurunkan harga makanan global.

“Saya ingin menegaskan bahawa betapa pentingnya Inisiatif Bijirin Laut Hitam diteruskan,” kata Guterres.

Pada 22 Julai 2022, Türkiye, PBB, Rusia, dan Ukraine menandatangani perjanjian di Istanbul untuk menyambung semula eksport bijirin Laut Hitam, bagi memastikan bekalan ke pasaran global di tengah-tengah konflik bersenjata Rusia-Ukraine.

Perjanjian itu tamat tempoh pada 19 Nov 2022, telah dilanjutkan selama 120 hari lagi. Guterres berulang kali meminta perjanjian itu dilanjutkan. – BERNAMA-XINHUA

Loading...
Terkini