comscore
Tumpuan :
Dunia

Ketua geng Haiti maut bertempur dengan polis

MOSCOW: Seorang ketua kumpulan bersenjata Haiti terbunuh dalam pertempuran dengan polis di pinggir bandar ibu negara Port-au-Prince pada Khamis, lapor Sputnik.

Akhbar Haiti, Le Nouvelliste melaporkan gambar mayat ketua geng Delmas 95, Ti Greg itu kemudiannya tular di media sosial.

Suspek melarikan diri dari penjara utama negara itu pada awal Mac selepas kemudahan berkenaan diserang oleh kumpulan bersenjata.

Pada 29 Feb, keganasan kumpulan bersenjata meletus di pusat bandar Port-au-Prince semasa Perdana Menteri Haiti Ariel Henry sedang melawat Kenya dalam usaha mereka menghalang kepulangan pemimpin itu.

Pada 11 Mac, Henry mengumumkan bahawa beliau akan meletak jawatan apabila majlis presiden peralihan ditubuhkan. – BERNAMA-SPUTNIK

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini