SEOUL: Kementerian Pertanian Korea Selatan mengesan satu kes membabitkan virus selesema burung, H5N1 pada dua ekor kucing di sebuah pusat perlindungan kucing di Seoul.
Setakat ini, tiada individu yang berhubungan rapat dengan kucing di pusat perlindungan berkenaan menunjukkan sebarang gejala jangkitan.
Sekiranya ada di antaranya yang dikesan mengalami gejala, individu terbabit akan dipantau selama 10 hari.
Dalam pada itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia, WHO berkata risiko jangkitan H5N1 terhadap manusia kekal rendah.
Bulan ini, tiga agensi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, PBB mengeluarkan amaran mengenai peningkatan penularan selesema burung peringkat global, sekali gus meningkatkan kebimbangan ia mungkin lebih mudah menjangkiti manusia. – REUTERS