Tumpuan :
Dunia

Kes dera kanak-kanak di Jepun meningkat pada tahun 2022

Foto: Reuters

TOKYO: Jumlah kes penderaan kanak-kanak yang dikendalikan oleh pusat perundingan kanak-kanak di seluruh Jepun mencecah rekod 219,170 pada tahun 2022, memetik data kerajaan pada Khamis.

Kes melibatkan kanak-kanak di bawah umur 18 tahun meningkat 11,510 berbanding tahun sebelumnya, mencecah paras tertinggi untuk tahun ke-32 berturut-turut, sejak statistik bermula pada tahun 1990, menurut data dikeluarkan oleh Agensi Kanak-Kanak dan Keluarga, lapor Xinhua.

Penderaan psikologi menyumbang kira-kira 60 peratus daripada jumlah itu, dengan kira-kira 129,500 kes, peningkatan lebih 4,700 kes berbanding tahun sebelumnya.

Sementara itu, penderaan fizikal menyumbang hampir 24 peratus, dengan kira-kira 51,700 kes, diikuti pengabaian kira-kira 16 peratus, iaitu kira-kira 35,600 kes.

Kira-kira satu peratus daripada kes melibatkan penderaan seksual, dengan anggaran 2,500 kes. – BERNAMA-XINHUA

Loading...
Terkini