Tumpuan :
Dunia

Kes COVID-19 meningkat 129 peratus di Argentina

Foto: Xinhua

BUENOS AIRES: Argentina menyaksikan peningkatan kes COVID-19 sebanyak 129 peratus pada minggu lalu, menurut Kementerian Kesihatan pada Isnin.

Sebanyak 62,261 kes baharu dicatatkan, meningkat berbanding 27,119 yang didaftarkan pada minggu sebelumnya, menurut data dikeluarkan kementerian.

Angka terbaru itu menandakan jumlah kes mingguan tertinggi sejak laporan epidemiologi mula dikeluarkan setiap tujuh hari bermula 17 April.

Sejak bermula pandemik, Argentina telah mencatatkan sejumlah 9,829,236 kes COVID-19 dengan 180,080 kematian.

Pemantau Pemvaksinan Awam kementerian melaporkan bahawa setakat ini 119,195,142 vaksin COVID-19 telah diedarkan dan sebanyak 111,659,740 sudah digunakan.

Sejak beberapa hari lalu, penduduk yang berumur lebih 18 tahun boleh menerima dos kelima atau dos penggalak ketiga. – BERNAMA

Loading...
Terkini