INDIA: 19 cedera, empat daripadanya parah apabila sebuah kereta api tergelincir dari landasan di Tamil Nadu.
Ketika kejadian kereta api terbabit dalam perjalanan menuju ke Andhra Pradesh dengan membawa 1,360 penumpang.
Ia bergerak pada kelajuan kira-kira 75 kilometer sejam sebelum melanggar sebuah kereta api kargo.
Insiden menyebabkan 12 gerabak tergelincir dengan satu daripadanya terbakar.
Mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital berdekatan untuk rawatan segera.
Susulan kejadian ini, perkhidmatan kereta api ke beberapa kawasan dibatal atau dilencongkan.
Penumpang yang terkandas dipindah dengan bas ke sebuah stesen berdekatan serta diberikan air dan makanan. – NDTV
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.