NIGERIA: Enam terbunuh apabila sebuah kereta api merempuh sebuah bas sarat dengan penumpang di Lagos.
Ketika kejadian kereta api berkenaan dalam perjalanan dari Ijoko menuju ke Lagos.
Mangsa yang maut termasuk empat wanita manakala sekurang-kurangnya 74 penumpang lain cedera.
Menurut Agensi Kecemasan LASEMA, pasukan penyelamat bertungkus lumus berjam-jam dalam usaha membawa keluar mangsa yang terperangkap.
Angka korban dijangka akan terus meningkat susulan ramai mangsa berada dalam keadaan kritikal.
Tambah agensi itu, Pemandu bas terbabit dipercayai cuba merentasi landasan walaupun terdapat isyarat lampu merah.
Kemalangan sering dilaporkan berlaku di Nigeria susulan faktor keadaan jalan raya yang kurang memuaskan selain kecuaian pemandu. – AFP