Tumpuan :
Dunia

Kereta api laju Shinkansen berhenti kecemasan, koc tercabut

FOTO: Reuters

TOKYO: Sebuah kereta api laju Shinkansen terpaksa melakukan hentian kecemasan dalam perjalanannya dari timur laut Jepun ke Tokyo selepas beberapa kocnya tercabut.

Menurut pengendali JR East, sebuah kereta api laju Shinkansen terpaksa berhenti kecemasan di antara stesen Furukawa dan Sendai selepas beberapa kocnya tertanggal.

Pemisahan berlaku antara koc Tohoku dan Akita yang berkongsi laluan.

Agensi Berita Kyodo melaporkan bahawa kira-kira 320 orang berada di dalam kereta api yang beroperasi di Laluan Shinkansen Tohoku apabila ia berhenti di antara stesen Furukawa dan Sendai di Prefektur Miyagi pada 8.10 pagi.

Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan.

Susulan itu, JR East menghentikan semua perkhidmatan kereta api laju antara Tokyo dan Shin-Aomori untuk pemeriksaan dan mempertimbangkan untuk meminta penumpang berjalan ke stesen terdekat.

JR East juga sedang mempertimbangkan untuk meminta penumpang berjalan ke stesen terdekat.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini