comscore
Tumpuan :
Dunia

Kerajaan Trudeau mula goyah, Parti NDP tarik sokongan

OTTAWA: Senario politik di Kanada mula berantakan apabila kedudukan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Justin Trudeau dilihat goyah setelah Parti Demokratik Baharu, NDP menarik sokongan ke atas kerajaan.

Ketua NDP, Jagmeet Singh ketika mengumumkan keputusan terbabit menjelaskan kesukaran bakal dihadapi Trudeau untuk terus bertahan sehingga tempoh Pilihan Raya Kanada yang dijangka pada hujung Oktober 2025.

Jagmeet turut memberi bayangan beberapa lagi parti komponen kerajaan campuran akan menarik sokongan terhadap Trudeau setelah mendedahkan pilihan raya umum negara itu mungkin berlangsung lebih awal.

Kerajaan Kanada sedia ada kini terbentuk hasil gabungan beberapa parti yang diterajui oleh Parti Liberal pimpinan Trudeau, namun parti pimpinan beliau adalah yang paling minoriti di antara kesemua pihak.

Blok pembangkang dilihat mampu menjatuhkan kerajaan jika semua parti sedia ada bergabung dengan NDP, parti keempat terbesar di dalam Parlimen untuk memanggil sesi undi tidak percaya.

Namun, jika NDP memilih untuk tidak mengundi, pemerhati politik meramalkan besar kemungkinan kerajaan Trudeau akan terus kekal bertahan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini