Tumpuan :
Dunia

Kerajaan Sementara Syria janji tegakkan kedaulatan undang-undang

FOTO: Reuters

DAMSYIK: Kerajaan Sementara Syria berjanji menegakkan kedaulatan undang-undang.

Ia selepas bertahun-tahun penyalahgunaan kuasa di bawah bekas Presiden Bashar al-Assad.

Jurucakap Kerajaan Baharu, Obaida Arnaout memberitahu perlembagaan dan parlimen negara akan digantung selama tiga bulan ketika peralihan kuasa.

Jawatankuasa Kehakiman dan Hak asasi Manusia akan ditubuhkan untuk mengkaji perlembagaan dan kemudian memperkenalkan pindaan.

Tambahnya semua yang melakukan jenayah terhadap rakyat Syria akan diadili mengikut undang-undang.

Kerajaannya juga menghormati kepelbagaian agama dan budaya di Syria.

Sementara itu pemimpin G7 menyatakan sokongan mereka terhadap peralihan kepada kerajaan Syria yang inklusif dan tidak bersifat sektarian serta menekankan keperluan menegakkan hak asasi manusia, terutama untuk wanita dan minoriti.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini