Tumpuan :
Dunia

Kerajaan Peru tutup 91 pelabuhan

Foto: Reuters

LIMA: Kerajaan Peru menutup 91 pelabuhan selepas ombak besar melanda pantai, lapor tentera laut pada hari Ahad (29 Disember).

Di kawasan utara Tumbes, pihak berkuasa tempatan menyelamatkan 30 nelayan yang terjejas akibat keadaan laut yang bergelora.

Walaupun tiada kematian dilaporkan, penutupan pelabuhan, pantai, dan pembatalan aktiviti telah memberi kesan kepada ekonomi tempatan, termasuk nelayan yang telah menghentikan operasi mereka sejak intensiti ombak meningkat pada 25 Disember.

Menurut laporan Tentera Laut Peru yang dikeluarkan pada Jumaat (27 Disember), ombak besar di kawasan pesisir dijangka berterusan hingga Rabu (1 Januari), walaupun kemungkinan ombak yang tidak normal akan terus berlaku selepas tarikh tersebut. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini