
ICA: Kerajaan Peru mengisytiharkan 157 daerah di seluruh negara akan diletakkan di bawah status darurat selama 60 hari selepas hujan lebat menyebabkan banjir dan kemusnahan secara meluas.
Antara wilayah yang terlibat dalam pengisytiharan darurat, yang berkuat kuasa pada Khamis (20 Februari), termasuk ibu kota, Lima, dan wilayah selatan Ica.
Hujan lebat membawa kemusnahan di banyak kawasan di seluruh negara.
Di Ica, anggota polis menyelamatkan seorang wanita yang terperangkap dalam sungai yang melimpah.
Sementara itu, sebatang sungai lain melimpah di bandar selatan Nazca, menyebabkan kerosakan serius pada kediaman penduduk dan tanam-tanaman berhampiran serta menghalang laluan jalan raya. – REUTERS
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.