ATHENS: Kerajaan Itali berhasrat untuk mengharamkan penggunaan bahasa Inggeris dalam urusan rasmi, lapor Agensi Anadolu memetik media tempatan.
Draf undang-undang yang diusulkan Ahli Parlimen Fabio Rampelli itu mencadangkan denda sehingga €100,000 (US$108,705) kepada mereka yang melanggar peraturan baharu itu.
Rampelli berkata bahasa Inggeris telah menyusup ke dalam bahasa Itali.
Undang-undang itu juga bertujuan untuk mengenakan hukuman ke atas penggunaan mana-mana bahasa asing lain dalam komunikasi rasmi.
Ia juga bertujuan untuk melindungi dan menggalakkan peggunaan bahasa Itali. – BERNAMA