comscore
Tumpuan :
Dunia

Kerajaan Iran adakan mesyuarat tergempar susulan kematian Presiden Ebrahim Raisi

 

TEHRAN: Kerajaan Iran telah mengadakan mesyuarat tergempar susulan berita penemuan bangkai helikopter yang membawa Presiden Ebrahim Raisi, di kawasan terpencil di barat laut Iran.

Naib Presiden Mohammad Mokhber mengetuai mesyuarat tergempar kabinet Iran pada pagi Isnin, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

Helikopter yang membawa Raisi dan delegasi yang mengiringi beliau, terhempas pada Ahad di hutan Dizmar di wilayah Azerbaijan Timur.

Pasukan mencari dan menyelamat telah menyusuri kawasan pergunungan dalam kabus tebal semalaman dan menemukan bangkai pesawat itu awal pagi Isnin.

Menteri Luar Hossein Amirabdollahian dan beberapa pegawai lain turut berada di dalam pesawat itu.- BERNAMA-IRNA\

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini