TUNIS: Presiden Tunisia, Kais Saied dipilih semula untuk penggal kedua mentadbir negara itu selepas meraih 90.69 peratus undi dalam pilihan raya presiden pada Ahad.
Menurut keputusan awal Suruhanjaya Tinggi Pilihan Raya Bebas Tunisia (ISIE), Saied memperoleh 2,438,954 undi.
Calon lain iaitu Ayachi Zammel, memperoleh 7.35 peratus undi, manakala calon ketiga Zouhair Maghzaoui memperoleh 1.97 peratus undi.
Keputusan rasmi pilihan raya presiden akan diumumkan selewat-lewatnya pada 9 November.
Tunisia mengadakan pilihan raya presiden setiap lima tahun, dan Saied yang berusia 66 tahun memegang jawatan presiden sejak dipilih pada 2019.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.