comscore
Tumpuan :
Dunia

Kepulauan Bonin, Jepun dilanda gempa bumi

KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi kuat berukuran enam pada skala Richter dikesan berlaku di Kepulauan Bonin, Jepun pada 4.01 pagi hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan pusat gempa itu terletak 26.9 darjah utara dan 138.8 darjah timur iaitu 871 kilometer selatan dari Hamamatsu, Jepun, dengan kedalaman 567 kilometer (km).

“Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” menurut kenyataan itu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini