comscore
Tumpuan :
Dunia

Kenang rakan terkorban di Gaza, PBB bertafakur & bendera kibar separuh tiang

Foto: Reuters

GENEVA: Kakitangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di seluruh Asia bertafakur seketika bagi mengenang rakan sekerja yang terkorban di Gaza akibat serangan rejim Israel.

Agensi Anadolu melaporkan, demi memperingati rakan seperjuangan yang gugur, bendera PBB turut dikibar separuh tiang di ibu pejabat agensi itu.

Menurut kenyataan pejabat PBB di Afghanistan, kakitangan PBB negara itu bertafakur seminit dan bendera PBB dikibar separuh tiang, ketika kami meratapi lebih 100 rakan sekerja yang terkorban di Gaza – jumlah tertinggi yang terkorban akibat perang dalam sejarah organisasi itu.

Agensi Bantuan dan Kerja PBB untuk Pelarian Palestin (UNRWA) minggu lalu memaklumkan 99 kakitangannya maut di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober.

Justeru, Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini memaklumkan Persidangan Kemanusiaan Antarabangsa untuk Orang Awam di Gaza yang diadakan di Perancis, bulan lalu disifatkan tempoh yang amat memilukan bagi UNRWA.

Ia juga jumlah terbesar pekerja bantuan PBB terkorban dalam masa yang singkat.

Pegawai PBB yang berpangkalan di Bangkok, Thailand turut berkumpul di pekarangan ibu pejabat bagi memperingati rakan sejawat yang terbunuh dan bendera turut dikibar separuh tiang.

Loading...
Terkini