BUENOS AIRES: Satu pertempuran di antara penunjuk perasaan dan anggota polis tercetus di perkarangan bangunan Kongres Argentina selepas ahli dewan parlimen tidak memperoleh undi yang cukup untuk meluluskan kenaikan bayaran pencen.
Sebelum ini, Presiden Argentina, Javier Milei menggunakan kuasa veto eksekutifnya untuk menghalang kenaikan bayaran pencen yang disifatkannya akan meletakkan kedudukan fiskal kewangan negara itu berdepan risiko.
Keputusan undian terbabit memerlukan undi setuju daripada dua pertiga ahli dewan rakyat namun tidak mencukupi apabila hanya 153 undi setuju diperoleh sementara 87 undi lagi tidak bersetuju.
Ratusan penunjuk perasaan berkumpul di tengah pusat bandar raya Buenos Aires dan berarak mengelilingi bandar sambil melaungkan bantahan.
Ketegangan tercetus apabila penunjuk perasaan cuba untuk merempuh kumpulan penghadang polis rusuhan.
Setakat ini, belum ada sebarang angka rasmi berhubung kecederaan akibat pertempuran terbabit didedahkan.
SUMBER REUTERS
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.