comscore
Tumpuan :
Dunia

Kematian di Gaza hampir 18,000 orang

Petugas kesihatan sedang merawat warga Palestin yang cedera susulan serangan tentera rejim Israel di Hospital Nasser, Khan Younis. FOTO: Reuters

SEMENANJUNG GAZA: Jumlah kematian akibat pertempuran di antara tentera rejim zionis dan Hamas sudah menjangkau 17,997 individu.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Palestin, Ashraf al-Qudra berkata, seramai 49,229 tercedera.

Pada masa sama, REUTERS mengatakan konflik itu mengakibatkan kesan amat buruk ke atas sektor penjagaan kesihatan Gaza.

Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, dalam mesyuarat tergempar lembaga pengarah di Geneva berkata, keadaan di Gaza sekarang amat berisiko untuk penyebaran penyakit yang membawa maut.

Dr Tedros berkata, mustahil WHO memperbaiki keadaan memandangkan keganasan masih lagi berterusan. – AGENSI

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini