GAZA: Kumpulan Pejuang Palestin, Hamas mengesahkan komitmen mereka terhadap Perjanjian Gencatan Senjata Gaza yang dijadualkan pada hari Ahad (19 Januari).
Hamas bagaimanapun menyatakan terdapat kelewatan dalam mendedahkan nama-nama tebusan yang akan dibebaskan dalam fasa pertama disebabkan oleh “sebab-sebab teknikal di lapangan.”
Pemimpin rejim Israel, Benjamin Netanyahu, berkata gencatan senjata Gaza yang dijadualkan bermula pada 0630 GMT pada Ahad tidak akan dimulakan sehingga kumpulan Pejuang Palestin, Hamas menyediakan senarai tebusan yang akan dibebaskan.
Pengumuman Netanyahu itu dibuat satu jam sebelum had masa gencatan senjata.
Tawanan dijangka akan dibebaskan dalam beberapa jam selepas permulaan gencatan senjata sekali gus membuka jalan untuk kemungkinan berakhirnya perang selama 15 bulan yang telah menggoncang Asia Barat. – REUTERS
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.