comscore
Tumpuan :
Dunia

Kelajuan taufan Yagi makin lemah, diturunkan ke kategori ribut tropika

Taufan Yagi diturunkan ke kategori ribut tropika selepas ragut empat nyawa di Vietnam.- Foto: Reuters

VIETNAM: Taufan Yagi semakin lemah hari ini selepas mengorbankan sekurang-kurangnya empat orang di Hanoi, Vietnam apabila menyebabkan banjir di banyak kawasan, menumbangkan ribuan pokok, dan merosakkan kediaman.

Pihak berkuasa bagaimanapun memberi amaran hujan lebat yang berterusan, banjir kilat, dan tanah runtuh di utara vietnam walaupun telah diturunkan ke kategori ribut tropika.

Angin kencang dan hujan lebat sepanjang malam menyebabkan kerosakan yang meluas.

Namun dengan situasi semasa Lapangan Terbang Antarabangsa Noi Bai di Hanoi, telah dibuka semula selepas ditutup bermula pagi semalam.

Yagi telah menyebabkan ombak setinggi 4 meter di wilayah-wilayah pantai.

Operasi menyelamat bagi mangsa yang hilang di laut dijangka bermula hari ini apabila keadaan mengizinkan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini