Tumpuan :
Dunia

Kejadian tembakan ragut 4 nyawa

FOTO: AFP

MEXICO: Sekurang-kurangnya empat terbunuh dalam kejadian tembak-menembak melibatkan kumpulan kartel dadah di pantai peranginan terkenal Cancun.

Serangan itu tercetus di sekitar kawasan hotel yang menjadi lokasi tumpuan pelancong khususnya sewaktu musim cuti.

Ekoran dari kejadian, pihak berkuasa bertindak menahan dua suspek yang dipercayai mempunyai kaitan dengan sindiket dadah Mexico.

Negara ini sudah sekian lama bergelut dengan pertumpahan darah melibatkan kumpulan kartel dadah yang setakat ini telah meragut lebih 300,000 nyawa.

Keadaan dilihat semakin buruk sejak kerajaan melancarkan perang ke atas sindiket dadah pada 2006.

Sebelum ini Quintana Roo yang disifatkan antara lokasi yang paling selamat di seluruh Mexico kini turut menyaksikan peningkatan aktiviti keganasan.

Pada Oktober 2021, dua pelancong dari Jerman dan India dilaporkan terbunuh dalam kejadian tembakan antara kumpulan kartel dan polis di Tulum.

Loading...
Terkini