AMERIKA SYARIKAT: Kedua-dua kotak hitam pesawat American Airlines penerbangan 5342 yang terhempas setelah berlanggar dengan helikopter tentera, di Washington, Amerika Syarikat telah ditemui.
Perkara itu diumumkan Lembaga Keselamatan Pengangkutan NTSB yang mengetuai siasatan nahas tragedi itu.
Dalam pada itu, Greg Feith, bekas penyiasat NTSB mendedahkan, ketinggian helikopter Black Hawk milik Tentera Darat A.S. yang terlibat dalam perlanggaran adalah hampir 60 meter (200 kaki) tersasar dari kedudukan sepatutnya.
Beliau turut mempersoal mengapa juruterbang tentera beroperasi pada ketinggian sekitar 91 meter (300 kaki) yang mungkin menjadi sebahagian daripada siasatan NTSB terhadap perlanggaran itu, kata Feith, sambil merujuk kepada maklumat data radar mengenai ketinggian helikopter terbabit. CNN
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.